Rabu, 28 Ogos 2013

Isu - isu berkaitan ICT - projek

Isu - isu berkaitan ICT - projek
Semasa berbual dengan seorang rakan PTM semalam, beliau memberi pedapat bahawa ramai SA yang beliau jumpa, tidak menjadi System Analyst yang sebenar..hanya sekadar menjadi postmen antara pelanggan/user dan pengaturcara atau kuli batak yang menjalankan semua kerja yang berulang..sebab itu banyak projek ICT menghadapi masalah, penukaran spesifikasi semasa projek sedang dijalankan / fasa akhir, lari dari time line, tak cukup resource dan sebagainya..apa pandangan anda
 skill yang diperlukan oleh projek manager it adalah :

1. pandai sembang dengan user/pembekal alias pandai bina repo dengan user/pembekal.
2. pandai sembang dengan bossnya yang di atas alias pandai bina repo dengan bossnya.
3. pandai sembang dengan anak buahnya (dari hati ke hati), yang sudah tentulah kena pandai bina repo.
4. pandai motivate orang.

4 perkara di atas berkaitan dengan human resources.

4. pandai reka-bentuk-sistem/app (sudah tentulah termasuk dokumentasi). sudah tentulah software uml, project terer dalam tangan.

itu berkaitan dengan teknikal.

5. pandai adjust timeline projek.
6. tengok, mintak dan urus bajet (dasar baru, dasar one-off,objek am, objek sebagai, program).

itu berkaitan skill mengurus.

kita punya SA ada skill semua ini tak ? tak pandai programming pun tak pe.