Ahad, 31 Ogos 2014

Serangan secara fizikal masih lagi menjadi ancaman kepada keselamatan maklumat dan infrastruktur ICT selain dari ancaman secara maya.

Serangan secara fizikal masih lagi menjadi ancaman kepada keselamatan maklumat dan infrastruktur ICT selain dari ancaman secara maya.
Antara ancaman fizikal yang boleh memberikan kemusnahan data yang teruk tanpa amaran atau kurang 'casuality' kepada penyerang adalah serangan secara elektromegnatik.
Penyerang boleh menyerang dengan membawa van/truck yang dilengkapi dengan alat untuk 'memanggang' peralatan elektronik/komputer, berhenti berdekatan dengan target (data centre), aktifkan serangan dan kemudian lari. Semua peralatan elektronik yg berhampiran akan rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
William A. Radasky mencadangkan perlindungan dilakukan dengan :
Barisan pertahanan pertama
Jauhkan penyerang dengan perkakasan yg ingin dilindungi. Letakkan perkakasan tersebut didalam kawasan yang paling kedalam di dalam bangunan. serangan.
Barisan pertahan kedua
Tiada kable yang sepatutnya masuk kedalam tempat perkakasan sensitif (pusat data) tanpa melalui perkakasan perlindungan yang khas.
Barisan pertahan ketiga
Dinding dan tingkap pusat data dilindungi dengan jaring besi. Jika anda masih mendapat insyarat telefon dengan baik semasa didalam pusat data, ia bermakna anda terdedah kepada serangan. Di hospital, langkah pencegahan dari insyarat luar untuk melindungi mesin MRI.
Apa pendapat anda ?
and 

Ahad, 4 Mei 2014

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan:
Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira:
1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.
2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).
3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.
4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.
5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.
7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.
8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”
9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.
10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

Sabtu, 25 Januari 2014

Kelebihan Gmail

Jika salah hantar, 'undo' sahaja
- satu paparan "Your message has been sent, Undo View Message" akan di paparkan beberapa saat. Hanya clik button undo dan penghantaraan mesej anda akan dibatalkan.

Review artikel "Malware Terus Merebak"

Review artikel "Malware Terus Merebak"
Majalah PC Feb 2014

  • Sebanyak 315 k fail berniat jahat dikesan setiap hari sepanjang 2013 berbanding 200 k pada tahun 2012
  • Secara purata sebanyak 4.7 juta serangan ke atas pengguna online dipatahkan setiap hari
  • Jumlah serangan berasaskan web meningkat 2x ganda kepada 1.7 b.
  • Malware "Obad" dikenalpasti sebagai malware paling versatil pernah ditemui. boleh diedar pelbagai cara dan dieksploitasi melalui 3 cara - pintu belakang, sms trojan dan kebolehan bot.

Rabu, 28 Ogos 2013

Isu - isu berkaitan ICT - projek

Isu - isu berkaitan ICT - projek
Semasa berbual dengan seorang rakan PTM semalam, beliau memberi pedapat bahawa ramai SA yang beliau jumpa, tidak menjadi System Analyst yang sebenar..hanya sekadar menjadi postmen antara pelanggan/user dan pengaturcara atau kuli batak yang menjalankan semua kerja yang berulang..sebab itu banyak projek ICT menghadapi masalah, penukaran spesifikasi semasa projek sedang dijalankan / fasa akhir, lari dari time line, tak cukup resource dan sebagainya..apa pandangan anda
 skill yang diperlukan oleh projek manager it adalah :

1. pandai sembang dengan user/pembekal alias pandai bina repo dengan user/pembekal.
2. pandai sembang dengan bossnya yang di atas alias pandai bina repo dengan bossnya.
3. pandai sembang dengan anak buahnya (dari hati ke hati), yang sudah tentulah kena pandai bina repo.
4. pandai motivate orang.

4 perkara di atas berkaitan dengan human resources.

4. pandai reka-bentuk-sistem/app (sudah tentulah termasuk dokumentasi). sudah tentulah software uml, project terer dalam tangan.

itu berkaitan dengan teknikal.

5. pandai adjust timeline projek.
6. tengok, mintak dan urus bajet (dasar baru, dasar one-off,objek am, objek sebagai, program).

itu berkaitan skill mengurus.

kita punya SA ada skill semua ini tak ? tak pandai programming pun tak pe.

Rabu, 15 Mei 2013

Word doc - first page saje takde header footer - lain2 ada







1) Pi Page Layout --> Page Setup --> Layout --> checked "Different first page"
 



Isnin, 13 Mei 2013

Pernah tak kena macam bawah ni.. folder tetiba jadi shortcut









 Pernah tak kena macam bawah ni.. folder tetiba jadi shortcut.. jangan panik.. ada penyelesaiannya












1. Start Menu
2. Run dan taip "CMD.exe"




3. taip drive letter e.g "f:" ke , "g:" ke
4. Taip "attrib -s -r -h -a autorun.inf" dan tekan enter
5. Taip "erase /q/s/f autorun.inf" dan tekan enter










6. last sekali taip "attrib -s -r -h -a *.* /d /s" dan tekan enter



7. selesai....